INGIN MELIHAT PERUBAHAN...JADILAH PERUBAHAN YANG KITA INGINKAN.



*Kejayaan hari ini dan esok bermula dari langkah pertama, mulakan sesusatu yang kita suka bukan terpaksa*




Monday, September 2, 2013

Cinta Jannah

Assalamualaikum wbr...

Lagu tema:
Misha Omar -Angin Syurga
Erry Putra - Tidak-tidak
Music Background
Opick- Cahaya Hati

Sinopsis:

Abdullah memberitahu Jannah bahawa Suffian meminangnya. Jannah meminta pandangan daripada Balqis. Balqis memberitahu Nur Jannah agar tidak menolak tuah. Nur Jannah berbelah bahagi. Sumaiyyah mahu Abdullah mempertimbangkan semula cadangan menjodohkan Jannah dengan Suffian.
Jannah kemudiannya melarikan diri dari rumah kerana tidak mahu menjadi isteri kedua Suffian. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai adiknya Razak kepada Suffian selepas kalah judi. Jannah dibenci bapanya kerana beliau begitu ingin anak lelaki untuk mendapatkankan harta pusaka milik ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah tiada hala tuju.Ketika itu, begnya diragut dan Jannah jatuh lalu pengsan. Secara kebetulan, Izaryl(Aeril) lalu di situ lalu membantu Jannah. Izaryl juga sedang berdepan dilema apabila dia perlu mencari isteri dalam 3 bulan bagi mengelakkan dirinya berkahwin dengan Damia,pilihan ibunya.
Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah,kononya yang dia telah memperkosa Jannah  semasa Jannah pengsan.Justeru itu, mereka terpaksa berkahwin.Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu,Ibu Izaryl Tengku Zareena(Dian P.Ramlee) berasa amat marah. Lalu, Tengku Zareena merancang bersama Damia untuk memisahkan mereka.

Berjayakah Damia menggoda Izaryl?Adakah terbit cinta antara Jannah dan Izaryl?


P/S : Ptg2 aku dah start layan cite nie... perghhh...ni kekadang buat i malas nie... :p




No comments: