INGIN MELIHAT PERUBAHAN...JADILAH PERUBAHAN YANG KITA INGINKAN.



*Kejayaan hari ini dan esok bermula dari langkah pertama, mulakan sesusatu yang kita suka bukan terpaksa*




Wednesday, February 12, 2014

Ariana Rose

Assalamulaikum wbr..

Sekrang ni aku terjebak pulak ngan Crita AR ..haha..konon2 x nak layan but best la pulak kan..NOvel pon dah ada but x habis baca lg coz br dapat dr adik, plan asal nak bli but asyik sold aout jer if crita ngah hot kat tv. Aku ni skrg jenis bli or baca novel asal crita dia best kat TV jer..x der la nak merapu bli semuanyer..buku2 ilmiah pon byk gak aku bli but klu ada novel ni kira nak khatam dlu cepat2 ...eee teruk kan..kan..hahaha...itu la aku namanya...





Sinopsis Drama Ariana Rose


Ariana Rose yang berkawan baik dengan Tengku Juwita bersetuju untuk berlakon sebagai gadis yang pernah menjadi girlfriend Tengku Adam Kamil. Tengku Juwita sebenarnya tidak mahu berkahwin dengan Tengku  Adam Kamil, lalu dia mencadangkan agar Ariana berlakon sebagai wedding breaker.


Perkahwinan tersebut dibatalkan dan maruah keluarga Tengku Adam Kamil telah tercalar.
Berang dengan keadaan itu, Tengku Adam mengupah spy peribadi untuk menyiasat siapa Ariana Rose.Tengku Kamil cuba mengetahui siapa dalangnya,namun Ariana tegar untuk tidak memberitahu.


Tengku Adam Kamil akhirnya meragut kesucian Ariana dan disebabkan itu, Ariana memberitahu kisah sebenar. Sejak itu, Ariana membenci Tengku Adam Kamil.
Untuk melupakan sejarah hitam itu. Ariana mula melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang besar dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Tengku Adam mula jatuh cinta pada Ariana namun tidak pada Ariana. Malah dia semakin membenci Tengku Adam Kamil.


Ariana Rose dipinang oleh keluarga Tengku Adam Kamil tanpa pengetahuan Tengku Adam dan Ariana menerima lamaran tersebut .Disebabkan kecewa lamarannya ditolak Ariana, Tengku Adam pergi menunaikan umrah. Bila pulang, dia mendapati, yang dia akan berkahwin dengan Ariana-gadis yang dicintai. Ariana juga tidak tahu siapa bakal suaminya hinggalah pada hari penikahan. Ariana terkejut tapi dia menerima suaminya dengan perasaan terbuka apatah lagi melihatkan suaminya telah banyak berubah.

Lirik Lagu Ost Ariana Rose (Dipintu Syurga-Dayang Nurfaizah)


Segalanya kaku
Hati terus menangis
Bila mengenangkan
Dirimu telah tiada

Kau pergi tanpa pesan
Tinggal aku sendiri
Menghitung hari
Tiada daya meneman sepi
Korus:
Duhai kekasih hati
Katakanlah padaku
Bahawa semua ini
Hanya igauan mimpi

Aku tak sanggup kasih
Kehilangan dirimu
Walau sedetik rindu mencengkam
Terasa pedih 
Ulang korus 
Doaku kasih kita bersua
Di pintu syurga


No comments: