INGIN MELIHAT PERUBAHAN...JADILAH PERUBAHAN YANG KITA INGINKAN.



*Kejayaan hari ini dan esok bermula dari langkah pertama, mulakan sesusatu yang kita suka bukan terpaksa*




Sunday, December 27, 2009

Soalan yang selalu ditanya

Anda tanya..saya jawap :


S: "Pelan pemasaran bisnes you ni macam sistem piramid jer"

You tahu ke sistem piramid tu macam mana dan piramid tu salah ker? Oklah, kalau sistem piramid tu salah, maka kita tak boleh kerja, kita tak boleh bagi anak kita sekolah, kita tak boleh kahwin dan macam-macam lagi perkara yang kita tak boleh buat sebab semua bentuk kehidupan adalah piramid.

Dalam bisnes ni memang bentuknya piramid, tapi apa yang kita perlu tahu ialah sama ada piramid itu dibenarkan atau tidak? Piramid yang dibenarkan dan diluluskan Kerajaan ialah, bila orang bawah boleh mengatasi pendapatan atau pangkat orang atas. Kalau orang bawah tak boleh potong orang atas walaupun kerja kuat, itu piramid yang salah dan tidak diluluskan.

Dalam bisnes ini, kalau you orang bawah, tapi keluar modal RM7000.00 dan orang atas keluar modal RM1000.00 siapa berpotensi dapat banyak income?? Jadi, Pelan Pemasaran bisnes syarikat saya adalah sistem piramid yang dibenarkan dan diluluskan oleh Kerajaan, kalau tidak dah lama lesen kena tarik dan syarikat diarahkan tutup. Saya harap you faham apa itu sistem piramid.

S: "Saya tak faham jadi macam mana saya nak join?

Saya bukan suruh you faham, saya suruh you join dan bila you join baru you akan faham. Selagi tak join selagi itulah you susah nak faham walaupun bisnes ni sangat mudah.

Saya nak tanya you, dulu waktu you nak mula-mula kerja, you faham dulu atau you kerja dulu baru you faham?? Atau ada tak you cakap macam ni, "Bos, bagi saya faham dan pandai dulu baru saya mula kerja". Kenapa you tak cakap??

Waktu you nak mula sekolah dulu, you kena pandai dulu baru masuk sekolah atau you masuk sekolah dulu baru pandai? Atau ada tak you cakap macam ni, "Abah, bagi saya pandai dulu baru saya masuk sekolah darjah satu". Kenapa you tak cakap?

Senang macam nilah, you join dulu dan bila you dah join saya akan ajar you macam mana nak jalankan bisnes you. Jangan takut, saya tak tipu you.


S: "Ramai yang cakap bisnes ni bagus tapi saya dengar ramai yang gagal"

Pada saya itu perkara biasa dalam kehidupan. Bukan semua orang boleh berjaya dengan cemerlang dan bukan semua orang menemui kegagalan dalam kehidupan. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Jangan cakap bisnes nilah, apa juga aspek kehidupann ada yang berjaya dan ada yang gagal.

Saya nak tanya, you ada tanya tak kenapa mereka gagal?

Saya nak tanya lagi, you ada jumpa dan tanya tak kepada mereka yang dah berjaya?

Pada saya adalah tidak adil kalau you hanya dengar cerita-cerita daripada orang yang gagal sahaja, you juga patut tanya dengan orang-orang yang dah berjaya dan bagaimana cara mereka jalankan bisnes ini. Kalau dengar 100% cakap orang gagal memanglah kitapun akan ingat negatif tentang bisnes ini.

Tapi cuba kita bercampur dengan orang-orang yang dah berjaya, saya pasti cerita mereka 100% lebih kepada yang positif. Sebab itu, jika kita positif tapi bercampur dengan orang yang negatif pasti kita juga akan terpengaruh untuk menjadi negatif. Tapi jika kita orang yang negatif tapi bercampur dengan orang yang positif, saya pasti kita akan terpengaruh untuk bertukar menjadi orang yang positif.

S: "Beri saya masa untuk faham dan pandai dulu baru saya join"

Macam ni jelah, you tak akan faham dan pandai selagi you tak buat. Sepatutnya apa yang penting ialah you kena buat keputusan bertindak dulu, daripada situ baru you akan ada komitmen dan pengalaman akan datang selepas itu. Bila pengalaman dah ada lama-kelamaan you akan faham dan pandai tentang bisnes ini.

Saya dulupun macam you juga, tapi bezanya saya bertindak dulu, waktu join dulupun saya tak faham, tapi saya belajar dan praktiskan apa yang saya belajar dan lama-kelamaan saya faham tentang bisnes ini.

S: Bagaimana untuk berdaftar untuk menjadi ahli Unstoppable yang sah?

Mudah saja, you bagi matlumat diri bersama duit, saya akan daftarkan dlm system. Sesudah masukkan data, anda sudah menjadi Ahli Unstoppable. Dan boleh mulakan bisnes ini. Tak perlu risau kerana semua matlumat anda ada dlm system dan akan diberikan username dan password utk akses nanti. You juga akan dpt barangan sebagai tanda akad jual beli dalam bisnes ini.


S: Apakah Faedah-faedah menjadi Ahli Unstoppable yang sah?

Anda akan diberi peluang menikmati faedah-faedah di Pelan A dan Pelan B.Pelan bisnes yang tidak ada pada sykt konvensional.

S: Bagaimana saya boleh bermula?

Bagus. Semudah itu shaja, sila ikuti 4 langkah berikut:

1. Berdaftar sebagai ahli kami dengan yuran pendaftaran sebanyak Rm7000

2. Mengenalkan perniagaan ini kepada sekurang-kurangnya 2 atau lebih individu untuk menyertai anda sebagai ahli.

3. Duplikasi dan tiru apa yg dibuat oleh rakan niaga anda.Proses belajar berterusan akan meningkatkan kemahiran anda untuk terus berjaya.

4. Akhir sekali, ulangi langkah-langkah seperti di atas. Dengan memperkenalkan lebih ahli ke perniagaan ini, anda boleh membina network yang kuat dan memperoleh pendapatan.

S: Adakah ini skim ‘cepat kaya’?

Di dalam setiap pelan pemasaran dan pelan perniagaan pampasan, ianya direka untuk menawar peluang menjadi kaya dan maju. Skim ‘cepat kaya’, seperti ramai yang sedia maklum, merujuk kepada pelan dimana wang dilaburkan untuk mendapatkan keuntungan tanpa perlu bekerja.Atau lain perkataan kita Skim Kaya Cepat. Siapa yg nak bisnes lambat kaya dik oii?

S: Bagaimana untuk mengenalpasti mana-mana syarikat yang mempromosikan skim ‘cepat kaya’ atau skim pyramid?

Secara am, ini tertakluk kepada syarikat-syarikat yang mementingkan pelan pemasaran mereka sendiri, dan segalanya berkaitan dengan soalan wang. Produk yang ditawarkan juga terhad. Selalunya, syarikat serupa ini tidak mementingkan aspek latihan dan perkembangan peribadi. Selain dari itu, syarikat-syarikat sedemikian menggalakkan kemasukkan ahli sahaja dan jualan peribadi atau yang berulang tidak diperlukan. Mereka yang menjadi ahli kemudian tidak dapat menjana lebih dari ahli yang terlebih dahulu masuk.

S: Bagaimana mendapat maklumat selanjutnya dan hubungi siapa untuk mendapatkan bantuan?

Bagus! Anda boleh mempelajari lebih banyak dan mencapai yang terbaik melalui aktiviti dan program latihan kami. Seseorang itu harus ‘belajar dan belajar semula’. Anda boleh hubungi saya atau rakan bisnes yang lain. Kita berkerja dalam satu pasukan yang saling bantu membantu. Anda tidak perlu risau..kejayaan anda adalah kejayaan kami bersama.

Akhir sekali, kami berharap anda mengecapi kejayaan di dalam perniagaan dan mahu melihat anda memecah rekod peribadi sendiri!


emailkan pertanyaan anda kpd millionforus!

No comments: